BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 19 April 2011

Kenali jenis Ikan Air Tawar/Air Masin

Most ikan air tawar yg menjadi buruan:

Ikan Jelawat (Rapala lure)

Ikan Jelawat atau juga dikenai sebagai Ikan Sultan merupakan ikan pemangsa air tawar. Nama sainsnya adalah Leptobarbus hoevenii.

Boleh membesar sehingga 60 cm, oviparous; maserba; gregarious; biasanya berenang pertengahan sehingga dasar.
Ikan ini suatu masa dahulu menjadi santapan di raja tetapi setelah ikan ini berjaya dibiak dan telah dikomersilkan bagi hidangan ramai. Ia terdapat di sungai, tasik dan lombong di sekitar Malaysia,Indonesia dan Thailand.

Ikan Patin (Umpan roti+dedak)

Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.

Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.
Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang yang mana telah dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai sungai yang berupaya mewujudkan ikan patin terbaik dan sedap dimakan. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai tempoyak. Ikan patin mempunyai nilai komersial yang tinggi dan diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar. 



Ikan Rohu
Ikan Pacu @ yang besar (gambar) dikenali sebagai Rohu merupakan spesis ikan air tawar yang cukup diminati kaki pancing negara kita.Ikan jenis ini kebiasaannya tinggal di kawasan lombong atau kolam-kolam.Tidak kiralah lombong pecah atau lombong timah.
Ikan Tilapia

Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hspesiesikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payaubermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai,tasik, dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwanmaserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia (lihat akuakultur tilapia). Di mana tilapia telah diperkenalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ia semakin menjadi spesies ceroboh yang bermasalah (lihat tilapia sebagai spesies eksotik)
Ikan Tongsan




0 comments: