BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 19 April 2011

Kenali jenis Ikan Air Tawar/Air Masin

Most ikan air tawar yg menjadi buruan:

Ikan Jelawat (Rapala lure)

Ikan Jelawat atau juga dikenai sebagai Ikan Sultan merupakan ikan pemangsa air tawar. Nama sainsnya adalah Leptobarbus hoevenii.

Boleh membesar sehingga 60 cm, oviparous; maserba; gregarious; biasanya berenang pertengahan sehingga dasar.
Ikan ini suatu masa dahulu menjadi santapan di raja tetapi setelah ikan ini berjaya dibiak dan telah dikomersilkan bagi hidangan ramai. Ia terdapat di sungai, tasik dan lombong di sekitar Malaysia,Indonesia dan Thailand.

Ikan Patin (Umpan roti+dedak)

Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.

Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.
Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang yang mana telah dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai sungai yang berupaya mewujudkan ikan patin terbaik dan sedap dimakan. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai tempoyak. Ikan patin mempunyai nilai komersial yang tinggi dan diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar. 



Ikan Rohu
Ikan Pacu @ yang besar (gambar) dikenali sebagai Rohu merupakan spesis ikan air tawar yang cukup diminati kaki pancing negara kita.Ikan jenis ini kebiasaannya tinggal di kawasan lombong atau kolam-kolam.Tidak kiralah lombong pecah atau lombong timah.
Ikan Tilapia

Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hspesiesikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payaubermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai,tasik, dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwanmaserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia (lihat akuakultur tilapia). Di mana tilapia telah diperkenalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ia semakin menjadi spesies ceroboh yang bermasalah (lihat tilapia sebagai spesies eksotik)
Ikan Tongsan




Set pancing aku !

Ini set memancing aku...Patutnye ade 1 lagi reel tp dah hilang mase memancing di Bt Gajah (port mancing popular ).Aku start mancing balik masa umur aku 16 kot tak silap..Mase kecik dulu biase gak turun 'follow' otai mancing aku yakni ayah aku...Beliau seorang pemancing kategori pro bagi aku.Sebab?sebabnya beliau nie lagi lame kenal ape itu sukan memancing daripada aku...Maklumlah asal dari kampung....Tapi satu yang aku pelik ngan beliau nie.Beliau suka memancing air tawar (kolam,lombong,sungai) tapi kebanyakan ikan air tawar beliau tak makan ...Ish ish ish....Ikan-ikan tersebut termsuklah keli,tilapia,adik beradik snakehead dll....Cite die kat sini,ayah aku nie lebih suka ikan laut berbanding ikan air tawar....So kat mane ikan air tawar yg beliau berjaya daratkan ?kami lah yang sapu....Ma aku cukup suka ikan air tawar ni....So ape ade hal ???